Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) merupakan sayap kerohanian
dalam unit-unit pengurusan pelajar sekolah ini. Selaras dengan namanya, badan
ini bertanggungjawab untuk memastikan semua pelajar mempunyai kerohanian jiwa
yang mantap yang seterusnya membantu melicinkan perjalanan di sekolah ini
disamping menjadi golongan utama yang aktif berdakwah untuk memastikan syiar
Islam terus bernyawa di sekolah ini. Badan ini juga turut bertanggungjawab
dalam pengurusan surau dan segala aktiviti agama yang dijalankan pihak sekolah
khususnya program-program daripada Majlis Dakwah Islam Sekolah(MAKDIS). Badan
ini mempunyai ahlinya yang tersendiri.
Menurut sistem organisasi BADAR, badan ini diketuai oleh Ketua BADAR diikuti Penolong Ketua BADAR kemudian Timbalan Ketua Badar, Timbalan
Penolong Ketua Badar, Bendahari dan Naib, Setiausaha dan Naib
diikuti oleh Ketua Biro-Biro.
. Biro-biro dalam BADAR, dikenali juga sebagai Lajnah. Antaranya adalah:
. Biro-biro dalam BADAR, dikenali juga sebagai Lajnah. Antaranya adalah:
- Lajnah
Tarbiyah Asrama
- Lajnah
Tarbiyah Sekolah
- Lajnah
Multimedia
- Lajnah
Helwa
- Lajnah
3K Surau
Buku Laporan Harian BADAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan